Bukan nak kata tiada wawasan,
2020 dah lama ditinggal,
Slogan baru jadi taruhan,
Akibat pemimpin berotak dangkal.
1MBD punya angkara,
Jambatan bengkok pulak pusingnya dia,
Habis dijual harta pusaka,
Hidup MELAYU! berumah tiada.
Nak set rambut beribu-ribu,
Permata Negara dijari Si Isteri,
Macamlah rakyat bodoh dan dungu,
Serigala Wallstreet pun ditaja Menteri.
Kidex dibuat untuk kroni,
Kalau dibuat bertambah sesak,
Dengar ada pula konsesi terkini,
Syarikat Petro Saudi pula diletak.
Hebat benar Pak Menteri,
CGPAnya 3.80 First Class Degree,
Tapi anaknya pun graduan bestari,
UiTM tempat anak orang miskin disakau satu family.
Semakin hari semakin tak aman,
Katanya Wassatiyyah jadi anutan,
Dibalik tabir ISIS mengawan,
Jangan tunggu sampai satu negara ditawan.
Pergi ke kedai membeli top up,
Top Up dibeli di Kedai Ah Chong,
Kerajaan kenakan cukai yang silap,
Kenapa salahkan peniaga pemborong.
Undurlah sekarang sebelum terlambat,
Masih sempat untuk bertaubat,
Sebelum masuk masa penamat,
Anak Maslan nak bela pun dah tak sempat