Oleh KW Mak
Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah menolak projek lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex). Majoriti penduduk Petaling Jaya telah menyambut berita ini dengan gembira.
Namun demikian, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya seolah-olah masih berdegil untuk meneruskan Kidex dan telah merujuk isu ini kepada pihak Peguam Negara.
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadhilah Yusof pada 18 Feb 2015, syarikat swasta Kidex Sdn Bhd telah memenuhi segala pra-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Adakah ini bermakna Kementerian Kerja Raya boleh memaksa Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek tersebut?