Oleh Mak Khuin Weng
Pengumuman penolakan cadangan pembangunan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) dengan sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor merupakan satu keputusan perintis yang telah menunjukkan bahawa para penduduk bagi sebuah bandaraya dapat mempengaruhi keputusan kerajaan mengenai projek yang melibatkan kos berbilion Ringgit.
Dengan mengambil kira keputusan tersebut, saya sekarang ingin menarik perhatian orang ramai mengenai sebuah lagi projek lebuhraya: Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).
Lebuhraya DASH adalah projek yang telah diilhamkan pada pertengahan tahun 2011 dan dicadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor pada Dec 2011.
Penduduk Shah Alam difahamkan telah menyokong projek ini kerana ia merupakan suatu jalan alternatif yang mungkin dapat menyambungkan mereka ke Kuala Lumpur dengan lebih pantas daripada jalan yang sedia ada.