Nasionalis

Membuka Minda Massa

  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Kolumnis Nasionalis
  • Tentang Nasionalis
  • Hubungi Nasionalis
You are here: Home / Berita / Apabila guru bahasa Inggeris lemah berbahasa Inggeris

Apabila guru bahasa Inggeris lemah berbahasa Inggeris

26 November, 2015 By Nasionalis Leave a Comment

guru-mengajar-di-kelas-ilustrasi-_130523113116-447

Laporan mengatakan pelajar Malaysia kurang menguasai bahasa Inggeris dan graduannya gagal mendapat pekerjaan kerana lemah berkomunikasi dengan baik dalam bahasa itu sudah biasa didengar.

Tetapi bagaimana pula dengan guru, yang membuat kesilapan sebutan dan tatabahasa serta masih diingati sehingga kini oleh bekas pelajar mereka?

Fatimah (bukan nama sebenar), masih ingat lagi kesilapan yang sering dibuat guru bahasa Inggerisnya ketika di bangku sekolah.

Setiap kali beliau dan rakan-rakan berdiri menyambut guru mereka, cikgunya akan menjawab, “Good morning. Everyone sits (sic) down”.

Seorang lagi gurunya turut gagal menyebut frasa “poem” dengan betul, manakala yang lain membetulkan dari “the window shattered into a hundred pieces”, kepada “the window shattered into hundred pieces”.

“Guru itu memangkah huruf ‘a’ daripada ayat saya dan menolak markah saya!

“Apa gunanya mereka mengajar kami bahasa Inggeris apabila mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris dengan baik?” soal Fatimah.

Dengan mengambil contoh satu posting di Facebook viral awal tahun ini, daripada pengguna bernama Nadia Fauzi yang mendedahkan kertas ujian anaknya, dimasukkan soalan, “What time is the concert starts?”

“Ini bagaimana buruknya standard bahasa Inggeris kita di sekolah-sekolah. Dan apabila anak saya cuba memperbetulkan kesalahan beliau, guru terbabit memanggilnya bodoh dan berkata dia betul dan anak saya salah. Wow,” tulisnya dalam posting di Facebooknya yang menjadi viral tidak lama selepas itu.

Tetapi ia satu senario yang berlaku di seluruh Malaysia – di mana guru bahasa Inggeris yang teruk penguasaan bahasanya mengajar murid-murid di negara ini bagaimana untuk menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Seorang pengajar komunikasi profesional memberitahu The Malaysian Insider, beliau terkejut apabila 60 guru bahasa Inggeris sekolah rendah yang terbabit dalam kursus Jarak Jauh dan Pembelajaran Online gagal menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Usia mereka dari pertengahan 20-an hingga lewat 40-an, dan ada yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri kelas beliau sebulan sekali.

“Saya gembira dengan kesungguhan mereka. Mereka matang. Ramai berdisiplin dalam menyiapkan tugasan mingguan dan perbincangan dalam talian mereka,” kata pengajar itu yang enggan namanya disiarkan bagi melindungi identiti pelajarnya.

“Tetapi mungkin saya agak terkejut ada yang tidak mempunyai pengetahuan tentang fonetik dan fonologi asas, seperti bagaimana membaca transkripsi yang betul dalam bahasa Inggeris, di mana untuk menekankan dan tidak menekankan sebutan perkataan seperti ‘computer’ – anda perlu menekankan ‘pu’ bukannya ‘com’ – atau irama yang ditegaskan dalam bahasa Inggeris”.

Beliau berkata, guru bahasa Inggeris tidak mencapai tarafnya kerana, ia seperti ramai pelajar Malaysia yang lemah menguasai bahasa, hanya mereka yang bercakap bahasa Inggeris di dalam kelas.

“Bahasa Inggeris tidak diamalkan kerana tiada siapa bercakap dalam bahasa itu ketika mereka pulang ke tempat mereka. Ada yang tidak membaca dan menulis sebanyak mana yang mereka perlu untuk memperbaikinya.

“Mereka jarang menonton filem Inggeris, sudahlah begitu, filemnya pula berunsur komedi dan aksi yang hanya mempunyai dialog yang sedikit,” kata pengajar itu.

Pengajar itu juga mengenal pasti pelajarnya mengambil diploma dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di sebuah universiti awam yang terletak di pantai timur.

Beliau berkata, hanya 10% daripada pelajarnya mempunyai penguasaan bahasa Inggeris dengan baik, dan semua mereka datang dari latar belakang yang istimewa, di mana bahasa Inggeris digunakan di rumah atau kampung halaman mereka.

“Tetapi guru yang tidak mempunyai penguasan bahasa Inggeris yang baik ini benar-benar menunjukkan minat mereka mahu menjadi lebih baik dan mereka berusaha keras, kreatif dan melakukan yang terbaik di dalam kelas saya.

“Saya dapat melihat jika ada kesungguhan mereka untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris setiap hari, saya percaya mereka akan menjadi guru yang baik, dan ini satu pencapaian yang bagus.”

Maka, timbul persoalan: Mengapa anak muda Malaysia mahu mengajar bahasa Inggeris, sedangkan mereka tidak mahir dalam bahasa itu sendiri?

“Sebagai anak muda, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertanya apa yang mereka mahu lakukan, ketika mereka memohon diploma selepas tamat SPM.

“Mereka tidak dapat berfikir tentang masa depan, tetapi melanjutkan pengajian, kemudian lulus peperiksaan, akhirnya menamatkan pengajian,” katanya.

Beliau yakin yang ibu bapa mereka – biasanya kakitangan kerajaan atau daripada golongan berpendapatan rendah – mahu mereka menjadi guru bahasa Inggeris kerana ia satu pekerjaan tetap.

“Oleh itu, mereka mengambil kursus ini kerana mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka.

“Mereka yang sejak kecil hanya mengikut nasihat ibu bapa mampu mengajar dengan baik di dalam kelas, tetapi mereka yang tidak menyukainya akan ponteng kelas dan tidak bermotivasi,” kata beliau.

Di Facebook, seorang guru bahasa Inggeris muda berkongsi bagaimana dia berasa malu dengan kekurangannya dalam penguasaan bahasa itu, tetapi kemudiannya berubah apabila rakan sekerjanya meminta bantuannya untuk mengarang mesej dalam bahasa Inggeris.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, guru sekolah swasta yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang dikenakan tindakan, menceritakan dia tidak mempunyai keyakinan kerana tidak mahir menulis dalam bahasa Inggeris.

“Saya dapati saya bagus dari segi pengucapan, tetapi tidak ‘bagus’ dalam penulisan. Mungkin juga kerana ia bukan bahasa utama saya,” tulisnya dalam mesej kepada The Malaysian Insider.

“Ketika anda tidak mendapat sokongan daripada orang di sekeliling anda, dan ramai berterusan memberi komen terhadap anda, ini akan membuatkan anda tertekan,” sambungnya dalam mesej yang dihantar.

Tetapi dia berkata, dia yakin ketika mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar berusia 12 dan 11 tahun kerana mereka menunjukkan minat dan menghormati beliau.

“Mereka masih menghormati saya walaupun mereka lebih bagus daripada saya. Itulah penghormatan yang saya boleh lihat. Kadang-kadang kita lebih bagus daripada guru-guru kita,” tulisnya.

Katanya, perasaan sayang terhadap pelajar dan pengajarannya mendorongnya untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris yang lebih baik.

“Saya suka berkongsi dan saya suka untuk berjumpa dengan orang ramai,” tulisnya.

Beliau berkata sekolahnya baru-baru ini sudah mula menyediakan latihan bagi guru bahasa Inggeris, tetapi dia juga ada mengambil inisiatif sendiri “dengan membuat ulangkaji tambahan, menambah pengetahuan am dan membaca lebih banyak buku”.

Kerajaan sedar tentang masalah penguasaan bahasa di kalangan guru bahasa Inggeris tempatan.

Menurut ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari, Putrajaya membelanjakan RM500 juta sejak 2011 untuk mengupah mentor bahasa Inggeris asing di bawah Program Menutur Jati Bahasa Inggeris (PPJBI).

“Program mentor ini sepatutnya melatih guru-guru tempatan kita, tetapi hasilnya berbeza mengikut tempat. Terdapat sedikit peningkatan yang konsisten.

“Walaupun idea untuk mendapatkan pengajar luar bahasa Inggeris adalah baik, tetapi terdapat banyak tanda tanya tentang keberkesanannya, sama ada guru-guru kita mendapat pendedahan dan latihan yang cukup,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Zairil berkata penyelesaian paling asas isu ini adalah mengupah guru bahasa Inggeris yang terbaik.

“Tanpa guru bahasa Inggeris yang baik, kita boleh cuba apa sahaja dasar, tetapi ia tidak akan berjaya. Oleh itu, kita perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran guru-guru,” kata ahli Parlimen Bukit Bendera itu.

Tambah beliau, kerajaan perlu menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris, kerana ia merupakan cara terbaik untuk belajar bahasa itu.

Ini antara sebab beliau menyokong program dwi-bahasa (DLP), dan program perintis yang membolehkan sekolah-sekolah untuk memilih bahasa pengantar mereka.

“Buat masa ini adalah terlalu awal untuk mengulas, tetapi membolehkan autonomi dan pilihan adalah pendekatan yang betul,” kata Zairil.

Tetapi beliau mengecam tindakan Putrajaya mengurangkan peruntukan dalam Bajet 2016 bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada RM135 juta.

Beliau berkata, ia jauh berbeza daripada sejumlah RM208 juta setiap tahun yang diperuntukkan untuk Memartabat Bahasa Malayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Sejak diperkenalkan, MBMMBI mendapat kira-kira RM200 juta setahun, tetapi untuk 2016, ia dikurangkan separuh daripada jumlah sedia ada kepada RM97 juta setahun.

“Dan walaupun dengan pengenalan kedua-dua program baru (DLP dan High Immersive Programme), ia hanya berjumlah RM135 juta. Jadi retorik kerajaan tidak sepadan dengan peruntukan itu,” katanya.

The Malaysian Insider sedang mencuba untuk mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan.

Malaysian Insider

(Visited 524 times, 1 visits today)
Kalau suka, klik:
Share
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn

Filed Under: Berita

Kartun Nasionalis

Pahang Darul Bauxite

pAHANg_dArul_bAUXITE

– Ahmad Soffian

Kalau suka, klik:
Share

Video Pilihan

Temuramah Bersama Dato’ Zaid Ibrahim – Bai’ah PAS

 

Kalau suka, klik:
Share

Pos Popular

  • Shafie dan Muhyiddin banyak minta penjelasan 1MDB…
  • Front Page Layout
  • Ada Apa Dengan Lebuhraya DASH?
  • MyWatch papar jam tangan mewah ahli politik
  • Rencana

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter

Kategori

  • 1MDB
  • Acara
  • Berita
  • DASH
  • Kartun Nasionalis
  • KIDEX
  • Kolumnis Nasionalis
  • Puisi
  • Rencana
  • Tajuk Utama
  • Video

Artikel Popular

  • Shafie dan Muhyiddin banyak minta penjelasan 1MDB…
  • MyWatch papar jam tangan mewah ahli politik
  • Ada Apa Dengan Lebuhraya DASH?

Pos Terkini

  • Jho Low dan rakan dinamakan di dalam Afidavit kes Singapura
  • Tabung Haji Tak Mampu Bayar – Zeti Memberi Amaran Salah Tadbir Urus
  • 1MDB: Syarikat Kedua Jho Low Berikan Ratusan Juta Kepada Najib

Ikut dan suka …

RSS
Facebook
Facebook
Google+
https://www.nasionalis.my/apabila-guru-bahasa-inggeris-lemah-berbahasa-inggeris">
Twitter
Visit Us
Follow
SHARE

Copyright Nasionalis © 2019 · Nasionalis ·